Wednesday, December 29, 2010

haNyA keRaNA hANdpHoNE !!! :)

PART 1
      
         Bila Afina mula bangun dari tidur,dia seolah olah baru sahaja mengalami mimpi buruk. Dia hilang segala pertimbangan dan tahap kewarasannya semakin berkurang. Badannya menggeletar seperti mengalami gegaran gempa bumi tahap 4. Mimpinya sebentar tadi amat menakutkan hatinya. Menyeramkan dirinya. Dia semakin sedar dari alam  mimpinya. Dia mula mengamalkan ajaran abinya supaya bertenang dan beristighfar sekiranya mengalami sebarang kesulitan. Dia berteleku sendirian. Bermunasabah diri.

         Memang hidupnya tidak seindah orang lain. Yang lahir dalam serba mewah tanpa mengalami sedikit pun kedukaan ketika menjalani kehidupan ke alam remaja. Tidak seperti Afina Munirah hanya hidup dalam kesederhanaan. Tidaklah miskin tetapi hanya sederhana. Anak kembar yang lahir hasil perkahwinan Encik Zafuan dan Puan Umairah ini mengalami detik detik dugaan dalam kehidupan remajanya.

         Kembarnya, Adina Munirah yang mempunyai perwatakan yang sangat berbeza dengan dirinya. Afina Munirah lebih berperwatakan lemah lembut persis uminya. Rambutnya terurai panjang dan lurus. Putih gebu wajahnya banyak menarik perhatian lelaki di zaman sekolah namun seorang pun tidak dilayannya. Bibirnya yang mungil halus seperti bayi yang baru lahir, menambahkan lagi wajah baby face dirinya. Berbeza dengan Adina Munirah yang lebih berperwatakan tomboy namun kecantikkannya masih setanding kakaknya. Adina Munirah lebih bersosial dan mempunyai ramai kawan. Sikap mereka totally different laa namun Puan Umairah masih berbangga akan anak anaknya. Walau bagaimanapun perangai Adina Munirah, Afina Munirah tetap memanjakan adik kembarnya itu dan Adinalah sahabat baiknya memerangkap adik kesayangannya.

           Tiba tiba terdengar pintu biliknya dikuak perlahan. Afina tersedar dari lamunannya. Puan Umairah mengukir senyuman kepada anak tunggalnya itu.

           "Anak umi dah bangun yea? Lewat Fina bangun hari ni? Fina sihat ke ni? "

            Puan Umairah memulakan kata. Namun disambut dingin oleh Afina. Puan Umairah merupakan ibu yang lemah lembut dan sangat memahami anak anaknya. Tidak pernah marah tanpa sebab dan hanya menegur puteri puterinya dengan cara yang baik sekiranya mereka melakukan kesalahan. Kehidupannya sebagai ibu tunggal selepas penceraiannya bersama Encik Zafuan banyak mengajarnya erti hidup susah namun beliau tabah kerana puteri puterinya sentiasa berada disampingnya.

            " Fina ok ke x ni? Kenapa umi tanya diam ni? Ada apa apa yang tak kena ke Fina? " , Puan Umairah bertanya lagi.

            " Umi, Dina mana? Fina mimpi abi dengan Dina. "

            bersambung...